Asas kehidupan manusia adalah berpasangan. Manusia perlukan pasangan untuk keseimbangan didalam hidup. Sebagai lelaki, seharusnya wanita adalah pasangan yang paling ideal walaupun ada kalanya tidak. Itu terpulang kepada individu.
Secara asasnya, kita boleh lihat yang lelaki dan wanita mempunyai sifat yang sangat berlainan sama sekali. Walaupun orang kata cari pasangan yang ada keserasian tetapi masih akan ada sifat yang sama sekali berbeza. Ini kerana, lelaki adalah indvidu yang lebih bersifat terbuka didalam semua aspek dan banyak lagi. Manakala wanita pula lebih cenderung untuk jadi pelindung atau cool spot untuk kebanyakkan lelaki.
Kalau tengok drama- drama Melayu pun, mesti mak akan backup anak kalau buat salah dan bapaknya marah macam tak habis - habis. Itu keserasian yang cuba dipaparkan antara lelaki dan wanita.
Logik akal, sampai ke kiamat pun lelaki tak mungkin akan memahami wanita begitu juga sebaliknya. Ini kerana terdapat sifat - sifat halus diantara setiap golongan tersebut. Ini jadi dekat semua orang termasuk aku.
Cara yang paling baik untuk menyeimbangkan benda ni adalah sangat penting untuk si wanita mengetahui dimana harus dia ada dan dimana harus dia pergi. Pergi maksud dekat sini adalah memberi sedikit ruang untuk kaum lelaki berfikir dan bertindak. Selalunya, wanita lebih emosi didalam memberi pandangan. Tuh tak campur linangan air mata, drama swasta dan macam - macam lagi.
Apa yang menjadi masalah selalunya, wanita jarang memberi ruang kepada lelaki berfikir dan meluahkan rasional tindakan dia. Ini kerana wanita sukakan impulse answer selain daripada menembak peluru tabur ikut suka dia aja. Bukan bias tapi ini hasil pemerhatian.
Wanita sukar bila lelaki perlukan ruang dan menegakkan rasional tindakan dorang kerana mereka rasa ditipu, dihina dan diperguna. Bukan. Salah anggapan korang macam tuh.
Benda nih pun kita dapat lihat bilamana wanita nih shopping. Impulse mode dan tindakan dorang adalah penyebab utama ekonomi negara bergerak. Bagus gak tapi yang tak bagus adalah ekonomi dorang sendiri. Tapi yang bagusnya dekat sini, kajian mendapati wanita lebih bijak menyimpan wang kerana mereka berikat perut dengan makan maggi, biskut kering dan kopi ofis semata - mata nk beli handbag.
Lelaki pulak lebih bias kearah ego dan kental diri dalam buat keputusan yang kadangkala merugikan diri sendiri dan wanita yang menjadi pasangan mereka. Walaupun wanita kuat membeli, mereka lebih terancang didalam aspek lain manakala lelaki lebih mudah lepas tangan atau ambil mudah.
Jalan terbaik, wanita harus memahami cara lelaki berfikir dan begitu juga sebaliknya. Jangan terus - terusan melihat kekurangan dan cuba fikir kenapa perbezaan ketara antara 2 makhluk nih sangat unik. Ini adalah nikmat Tuhan yang tidak terhingga. Sebab tulah ada kawin dan kedai sex di Sg Wang.
Jangan mudah melatah dan meletakkan emosi didalam perilaku kerana selalunya ianya memakan diri dan menyebabkan kita malu dikemudian hari...
Regards
No comments:
Post a Comment