Hancur, luluh, dan musnah rasanya hati ini bila pelbagai cacian, makian dan kata - kata kesat yang diterima. Seakan aku kaget dia mampu meluahkan segala mcm kata hanya sebab mempersoal kejujuran aku...
Bila emosi menguasai diri, selalunya otak tak berfungsi dan hanya hati yang penuh dengan nista mengeluarkan segala macam kecaman keatas aku. Segalanya bermula cukup mudah dan diakhiri dengan satu keluhan panjang...
Tidak pernah sekali aku nafikan tentang hubungan aku dgn kau... Walau dgn sesiapa pun hati pasti berbunga riang saat menuturkan kau adalah milikku. Aku sangat menghargai setiap inci sudut dirimu yang selalu ada bilamana aku memerlukan, bila aku sentiasa mendambakan dan kau akan hadir tanpa paksa. Aku hormat kewanitaan mu dan aku hargai keikhlasan hala tuju hubungan ini. Tapi, bila kau kerap persoalkan kejujuran aku, mana mungkin hati ini tidak memberontak, tidak terkesima mahupun terkuis dengan tuduhan2 engkau.
Pada siapa sahaja yang mengenali aku, akan aku khabarkan siapa peneman hidup aku ketika ini. Supaya satu dunia tahu kau adalah milikku dan aku milikkmu. Tapi apa yang kau lontarkan kepada aku? Kerap kali persoalan yang aku berlaku curang dibelakang mu. Menggunakan kau untuk tujuan aku dan melukakan hati kau setiap masa setiap detik dan setiap waktu.
Aku akui, aku perlu berdamping dan berkawan dgn ramai org kerana hidup aku yang sunyi dan bila perempuan lain mudah mendekati aku, aku hormat mereka sebagai teman dan aku tahu tahap batasan aku bersama mereka. Tapi apa yang kau selalu ngomelkan, aku selalu berlaku curang, bermain di belakang kau dan pelbagai lagi..
Cukup tajam bahasa kau.. Cukup kasar aku diperlakukan walaupun aku jujur cuba menyampaikan rasa hati ini dekat kau.
Mana bisa manusia normal saat ditebak perangkap yang seakan mahu menguji aku? Setiap masa dan waktu? Ujian daripada kau hanya kerna kau tidak yakin tentang kejujuran aku? Apa perlu aku lakukan? Menebal muka dan menyakinkan kau saban hari aku adalah si jujur yang kau dambakan?
Saat ini, kau ungkit segala mcm layanan, kebaikan dan apa saja yang satu masa dulu kau kata kau ikhlas, kau kata kau buat kerana ingin kehidupan yang lebih baik. Kini? Kau hina aku.. Kau teruskan dgn sms, sms, segala mcm serangan hanya untuk orang tahu yang kau adalah betul, dan aku adalah salah?
Aku terima kalau inilah dosa2 silam aku yang dibalas olehNya tapi untuk aku membalas cacian dan hinaan kau pada aku, tidak mungkin sama sekali. Lahirnya aku bukan untuk membalas dan berlaku adil luaran semata-mata hanya kau pernah berbudi dengan aku. Bukan aku. Aku bukan propaganda yang perlu melebarkan kepada umum kebaikan aku mahupun kejahatan aku tetapi apabila kau menjatuhkan hukum seakan aku mangsa keadaan, aku rasa cukup di perkotak katikkan..
Aku lelaki, penuh dengan ego tapi terselit juga emosi, perasaan dan rasa sensiviti terhadap kau.
Aku kagumi setiap wanita dan aku kagumi kau tetapi bukan bermakna semudah itu kau mempersoal kejujuran aku, berkali kali dengan hanya menuduh segala macam benda yang aku rasa tidak sampai langsung hati ini memperlakukan engkau..
Saat ini, bila kejujuran aku dipandang sepi hati aku jauh... Terlalu jauh hati dengan segala hinaan kau terhadap aku... Akan aku rawat luka ini sendiri, biar tanpa kau kerana aku lebih indah dari cacian yang kau hamburkan kepada aku..
Regards...
No comments:
Post a Comment