Thursday, November 4, 2010

Memahami Hati Wanita

Asas kehidupan manusia adalah berpasangan. Manusia perlukan pasangan untuk keseimbangan didalam hidup. Sebagai lelaki, seharusnya wanita adalah pasangan yang paling ideal walaupun ada kalanya tidak. Itu terpulang kepada individu.

Secara asasnya, kita boleh lihat yang lelaki dan wanita mempunyai sifat yang sangat berlainan sama sekali. Walaupun orang kata cari pasangan yang ada keserasian tetapi masih akan ada sifat yang sama sekali berbeza. Ini kerana, lelaki adalah indvidu yang lebih bersifat terbuka didalam semua aspek dan banyak lagi. Manakala wanita pula lebih cenderung untuk jadi pelindung atau cool spot untuk kebanyakkan lelaki.

Kalau tengok drama- drama Melayu pun, mesti mak akan backup anak kalau buat salah dan bapaknya marah macam tak habis - habis. Itu keserasian yang cuba dipaparkan antara lelaki dan wanita.

Logik akal, sampai ke kiamat pun lelaki tak mungkin akan memahami wanita begitu juga sebaliknya. Ini kerana terdapat sifat - sifat halus diantara setiap golongan tersebut. Ini jadi dekat semua orang termasuk aku.

Cara yang paling baik untuk menyeimbangkan benda ni adalah sangat penting untuk si wanita mengetahui dimana harus dia ada dan dimana harus dia pergi. Pergi maksud dekat sini adalah memberi sedikit ruang untuk kaum lelaki berfikir dan bertindak. Selalunya, wanita lebih emosi didalam memberi pandangan. Tuh tak campur linangan air mata, drama swasta dan macam - macam lagi.

Apa yang menjadi masalah selalunya, wanita jarang memberi ruang kepada lelaki berfikir dan meluahkan rasional tindakan dia. Ini kerana wanita sukakan impulse answer selain daripada menembak peluru tabur ikut suka dia aja. Bukan bias tapi ini hasil pemerhatian.

Wanita sukar bila lelaki perlukan ruang dan menegakkan rasional tindakan dorang kerana mereka rasa ditipu, dihina dan diperguna. Bukan. Salah anggapan korang macam tuh.

Benda nih pun kita dapat lihat bilamana wanita nih shopping. Impulse mode dan tindakan dorang adalah penyebab utama ekonomi negara bergerak. Bagus gak tapi yang tak bagus adalah ekonomi dorang sendiri. Tapi yang bagusnya dekat sini, kajian mendapati wanita lebih bijak menyimpan wang kerana mereka berikat perut dengan makan maggi, biskut kering dan kopi ofis semata - mata nk beli handbag.

Lelaki pulak lebih bias kearah ego dan kental diri dalam buat keputusan yang kadangkala merugikan diri sendiri dan wanita yang menjadi pasangan mereka. Walaupun wanita kuat membeli, mereka lebih terancang didalam aspek lain manakala lelaki lebih mudah lepas tangan atau ambil mudah.

Jalan terbaik, wanita harus memahami cara lelaki berfikir dan begitu juga sebaliknya. Jangan terus - terusan melihat kekurangan dan cuba fikir kenapa perbezaan ketara antara 2 makhluk nih sangat unik. Ini adalah nikmat Tuhan yang tidak terhingga. Sebab tulah ada kawin dan kedai sex di Sg Wang.

Jangan mudah melatah dan meletakkan emosi didalam perilaku kerana selalunya ianya memakan diri dan menyebabkan kita malu dikemudian hari...

Regards

Tuesday, November 2, 2010

Bila Kejujuran DiPandang Sepi...

Hancur, luluh, dan musnah rasanya hati ini bila pelbagai cacian, makian dan kata - kata kesat yang diterima. Seakan aku kaget dia mampu meluahkan segala mcm kata hanya sebab mempersoal kejujuran aku...

Bila emosi menguasai diri, selalunya otak tak berfungsi dan hanya hati yang penuh dengan nista mengeluarkan segala macam kecaman keatas aku. Segalanya bermula cukup mudah dan diakhiri dengan satu keluhan panjang...

Tidak pernah sekali aku nafikan tentang hubungan aku dgn kau... Walau dgn sesiapa pun hati pasti berbunga riang saat menuturkan kau adalah milikku. Aku sangat menghargai setiap inci sudut dirimu yang selalu ada bilamana aku memerlukan, bila aku sentiasa mendambakan dan kau akan hadir tanpa paksa. Aku hormat kewanitaan mu dan aku hargai keikhlasan hala tuju hubungan ini. Tapi, bila kau kerap persoalkan kejujuran aku, mana mungkin hati ini tidak memberontak, tidak terkesima mahupun terkuis dengan tuduhan2 engkau.

Pada siapa sahaja yang mengenali aku, akan aku khabarkan siapa peneman hidup aku ketika ini. Supaya satu dunia tahu kau adalah milikku dan aku milikkmu. Tapi apa yang kau lontarkan kepada aku? Kerap kali persoalan yang aku berlaku curang dibelakang mu. Menggunakan kau untuk tujuan aku dan melukakan hati kau setiap masa setiap detik dan setiap waktu.

Aku akui, aku perlu berdamping dan berkawan dgn ramai org kerana hidup aku yang sunyi dan bila perempuan lain mudah mendekati aku, aku hormat mereka sebagai teman dan aku tahu tahap batasan aku bersama mereka. Tapi apa yang kau selalu ngomelkan, aku selalu berlaku curang, bermain di belakang kau dan pelbagai lagi..

Cukup tajam bahasa kau.. Cukup kasar aku diperlakukan walaupun aku jujur cuba menyampaikan rasa hati ini dekat kau.

Mana bisa manusia normal saat ditebak perangkap yang seakan mahu menguji aku? Setiap masa dan waktu? Ujian daripada kau hanya kerna kau tidak yakin tentang kejujuran aku? Apa perlu aku lakukan? Menebal muka dan menyakinkan kau saban hari aku adalah si jujur yang kau dambakan?

Saat ini, kau ungkit segala mcm layanan, kebaikan dan apa saja yang satu masa dulu kau kata kau ikhlas, kau kata kau buat kerana ingin kehidupan yang lebih baik. Kini? Kau hina aku.. Kau teruskan dgn sms, sms, segala mcm serangan hanya untuk orang tahu yang kau adalah betul, dan aku adalah salah?

Aku terima kalau inilah dosa2 silam aku yang dibalas olehNya tapi untuk aku membalas cacian dan hinaan kau pada aku, tidak mungkin sama sekali. Lahirnya aku bukan untuk membalas dan berlaku adil luaran semata-mata hanya kau pernah berbudi dengan aku. Bukan aku. Aku bukan propaganda yang perlu melebarkan kepada umum kebaikan aku mahupun kejahatan aku tetapi apabila kau menjatuhkan hukum seakan aku mangsa keadaan, aku rasa cukup di perkotak katikkan..

Aku lelaki, penuh dengan ego tapi terselit juga emosi, perasaan dan rasa sensiviti terhadap kau.

Aku kagumi setiap wanita dan aku kagumi kau tetapi bukan bermakna semudah itu kau mempersoal kejujuran aku, berkali kali dengan hanya menuduh segala macam benda yang aku rasa tidak sampai langsung hati ini memperlakukan engkau..

Saat ini, bila kejujuran aku dipandang sepi hati aku jauh... Terlalu jauh hati dengan segala hinaan kau terhadap aku... Akan aku rawat luka ini sendiri, biar tanpa kau kerana aku lebih indah dari cacian yang kau hamburkan kepada aku..

Regards...

Wednesday, October 13, 2010

Degil - Subjektif Ker?

Oh... Oh... Blog dh berusang. Lama xupdate. Hohoho.. Xreti la plak nk update tiap2 hari klu xde benda nk ckp. Ini bukan blog nk kutip duit sgt.. Lebih kepada cerita pengalaman hidup.

Orang selalu cakap aku degil. Lebih tepat lagi keras kepala. Dorg cakap aku xmakan nasihat.. Itu normal sbb aku makan nasik! Than... Dorg kata aku xkn dgr advise, lebih centralized dgn jawapan sendiri. Xde chances utk berkongsi... Salah.. Kurang tepat!

Meh aku describe kenapa aku degil. Positifnya aku degil ialah kerana:

1) Independent - Aku terlalu independent dimana keputusan baik buruk aku buat atas diri aku sendiri. Tiada tanggungan mahupun ibubapa yg mahu menegur. So kedegilan aku utk independent telah membantu aku utk survive dlm kehidupan ini.

2) Fokus - Aku sgt degil utk fokus kepada minat dan cita2 aku untuk menjadi seorg pedagang matawang yg terkenal. Lihat Soros.. Beliau berjaya manipulate kewangan dunia. Aku kagumi ketereran dan ilmu beliau. Bukan duit. Dlm trade, duit tuh bonus tapi kepuasan berjaya mencapai objektif lebih penting. Aku fokus dan cukup degil dekat minat aku yg satu nih. Skrg dh bertukar menjadi career. Cuba buat benda lain. Sure aku xfokus n degil nk tgk chart.

3) High Risk Individual - Aku seorg yg sgt high risk taker. Sikit pn xconservative. Even partner aku pn takut dgn risk profile aku. Dia kata aku patut leverage kepada benda2 yg lebih general atau conservative. Tapi, bila aku buat benda nih.. Aku rasa bosan sbb aku xdpt feel the beat. Aku cepat lose the passion n memberontak. Mungkin aku terlalu high risk sbb aku tiada tanggungan n ada aku sahaja. Aku xkisah klu bank kal, mcm desak bayar itu ini. Sbb aku nak pressure tuh utk aku jd creative buat something else. Klu x, aku mcm hilang the steam.. Steam mcm wap. Mengelegak nk berjaya..

So, itulah among positifnyer degil aku. But, degil nih ada padahnya.. Apa agaknya???

Yossshhhh....!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 8, 2010

Bila Terlalu Mendesak...

Tadi aku gi tgk movie kat Pavilion.. Layan citer Eat, Pray & Love. Citer nih aku xrasa utk org yg nk leisure ataupun belum tiba masa dorg fikir pasal kehidupan. Tapi, aku rasa storytelling dia sgt2 lah apa yg aku lalui..

Dalam hidup, kita selalu fikirkan jalan pintas utk berjaya. Xkiralah dlm apa cara sekalipun. Kerja ker.. Bersukan ker atau bila bersaing. Akan sentiasa wujud ruang utk kita carik jalan pintas. So, biasanya bila kita ambik jln mudah.. Kita lupa akan apa yg perlu kita lalui sebenarnya.

Kadang2, rasa utk carik jalan pintas nih didorong oleh sikap terlalu ingin berjaya smpai mendesak diri sendiri ke satu tahap yg kita tak boleh handle. Tahap yg kita jadi buntu dgn tindakan kita sendiri. Atau, ini juga mungkin disebabkan pengaruh sekeliling. Mungkin kita lihat org lain seusia kita dh berjaya tapi kita masih kat situ gak. Takde ape yg kita nk banggakan. Takde apa yg boleh dihebahkan. Sama jer...

Akibat terlalu mendesak diri nih bleh sbbkan life kita kucar kacir.. Xbalance, mudah marah, xhappy dan mcm2 lagi benda negatif yg kita bawak sekali. Aku rasa xbyk sikit aku terkena tempias dia.

Since dr kecik, aku rasa life aku yg independence nih cukup mendesak aku utk ambil jalan mudah utk berjaya. Bukan jalan yg xbetul tapi apa sahaja lubang yg diyakini bleh buat aku rasa aku dpt apa aku nak, aku terjah n rasa benda tuh betul. Didorong oleh sikap itu, aku rasa cepat marah, upset, bosan dan mudah fedup bila sesuatu benda yg aku plan tuh xjd. Aku terlalu mendesak diri aku utk ikut apa yg aku nak. Aku letak life aku dlm keadaan tertekan even aku xnk ada dlm kedudukan mcmtuh.

Mcm org lain, kita semua dibekalkan dgn sikap positif dan negatif. Dua sikap nih perlulah diseimbangkan utk kita potrait diri kita lebih baik. Tidak terlalu baik atau terlalu jahat. Ketentuan dan takdir tuhan satu hal lain.. Kdg2 aku rasa mcm satu ketentuan plak aku dlm life yg mcmnih. Bila aku terlalu mendesak, endup aku akan kecewa dgn hasilnya..

Aku terlalu pentingkn kesempurnaan dlm life aku yg serabut sgt dr dulu. Bila semua keputusan aku kena buat sendiri, nafsu adalah dorongan utama.. Sbg contoh, passion aku dlm bidang trading. Sebagai pedagang matawang.. Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali aku ulang silap yg sama.. Bukan talent, bukan market dan bukan org lain tapi attitude aku kearah minat aku yg mendorong aku buat kesilapan yg sama berulang kali.

Aku terlalu ingin berjaya, ada duit sekapal, duduk di kepulauan indah, hari2 main golf, pergi spa dan balik check market. Aku nk kehidupan mcm tuh tapi dalaman aku kosong, xseimbang dan kerana inginkan kesemua dicapai secepat mungkin, aku makin jauh drpd memilikinya..

So, bila aku fikirkan balik cerita tadi n tgk siling dinding.. Aku rasa aku terlalu mendesak utk jadi apa yg aku nak smpai aku lupa yg tiada keseimbangan dlm life aku.. Maybe aku kena bermuhasabah selalu..

Or.. Maybe aku kena g Italy for Eat.. India for Pray.. Or Bali for Love.. I've no idea..

Sarat dgn emosi..
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 6, 2010

Menolak Pinangan Orang...

Selamat pagi!!!

Whatta bright Wednesday morning. Once aku tulis nih aku dh settle layan breakfast, baca paper dan buat analisis utk trading aku hari nih. Inilah kerjaya yg sgt2 menuntut kesabaran, pahit jerih, kepayahan hanya utk berjaya.

Ok, sebagaimana tajuk diatas; menolak pinangan orang. Yups, aku telah berjaya menolak pinangan orang. Bukan untuk kawin, tapi untuk peluang pelaburan..

Korang ingat lagi tak post aku yang sebelum nih?

How to Say NO???

Mcm aku pernah mention, ada 5 perkara asas yang kita perlukan sblm kita menjinakkan diri didlm sesuatu bisnes. Boleh jer kalau nk terjun tanpa parachute. Tapi end up dia kita pun dh sedia maklum lah kan...

Ok, aku akan listkan 5 perkara dan kenapa aku reject pelawaan tersebut.

1) Cash Flow: Benda paling penting. Disana, aku tak nampak mcm mana sistem nih berjalan. Siapa yg uruskan, siapa yg buat kerja atau siapa yg keluar aliran duit. Pendek kata, tak nampak hala tuju.

2) Communication: Ini agak strong, sbbnyer partner yg ajak aku JV nih agak familiar dgn area tuh dan dia agak tahu mcm2. Cumanya sepanjang aku dekat sana, ada input2 yg agak diragui dan bertukar2 so aku tak tahu its reliable atau pun tidak. Kita tak tahu kesahihan berita tuh. Never buy a rumours!

3) System: Sistem nih sgtlah penting. Dia seakan mencorakkan biz kita n secara keseluruhannya memainkan peranan dlm flow biz kita. Dekat sana, tiada sistem dan tidak tahu yg mana betul, yang mana fake. Tiada discussion on paper dan mcmner sesuatu tindakan itu diambil.

4) Legal: Perkara nih diakui tidak diamalkan dkt sana. Disana lebih banyak based on trust. Tapi aku tak fancy dgn idea mcmnih, ko patut kena ada satu simple agreement utk kesahihan biz kau. At anytime jer kita bleh cakap none. Tak pernah involve.. Bukan susah sgt nk fake!

5) Product: Produk yg kitorg bincangkan sampai time aku nk balik still aku tak tau yg mana satu dia punya. Cakap mcm2 but end up tiada apa2. So, even benda yg paling last sekali dlm satu modul pun tak dapat menyakinkan aku, so mcmner aku nk teruskan?

Its big NO than!!!

Monday, October 4, 2010

Aku & Pancing Si Yober...

Malam Sabtu lepas sekali lagi.. Turun ke arena pancing. Hahaha... Mcm addicted plak. Best gak layankan bdk2 ni gi pancing smpai aku pn seronok..

Destinasi malam tuh adalah Sg Buloh. Ntah hutan mana dorg bawak aku, ikut jer lah. Dgr kata kat sana lagi best. Xtau r mcmner hasil dia..

Skrg nih tgh tunggu 2,3 org nk join. Mcm ramai plak join. Sg Buloh nih kat area Penjara tuh.. Ini pun kolam ikan. Bukan udang, bukan ketam. Dgr citer, ada siakap, kerapu n mcm2 lagi. So, klu dpt ikan mlm nih.. Mesti best kan?

Mcm biase ktorg lepak dlm 3 jam. Ramai betul pemancing tegar. Member aku yg mmg terer bab pancing2 nih si Yob nih mmg sgt terer. Serba serbi. Mmg semua benda dia buat. Pasang umpan, pasang tali, setting itu ini. Sumpah aku xtau apa2..

Dh dkt 2jam mcmtuh, as usual aku ngn sorg mber aku borak smbil makan2. Tup2 si Yob nih dtg ntah dr mana.. Wow! Siakap beb.. Besar gak. Dlm 3.2 kg. Dia siap masuk jackpot ikan paling besar kt kolam. Punyalah puas malam tuh.. Haha.

So, igt nk makan lh ikan tuh kan tapi mcm besar sgt n kitorg balik agak lewat. So dia bwk balik jer r.. Biar family dia buat party. Hahaha...

Aku rasa memancing nih mmg skill r. Byk benda nk kena belajar. Nk baling pn kena ada cara kot... Aku rasa aku xterer r pancing2 nih... Tapi fun gak! Bila tgk dorg dpt naik ikan. Overall, benda nih bleh ajar korg erti sabar n disiplin.. So, bagus r klu nk apply dlm minat aku.. Trading!

Yoshhhh...


Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 1, 2010

Bila Untuk Say NO untuk Satu Deal - No! Tidak! Cannot!

Salam.. Selamat Pagi!

Sekejap dh hari Jumaat dow! Rasanya baru jer awal minggu dekat Sabah. Skrg dh ada kat umah, kat bilik n write my blog properly.

Sumpah trip aku ke Sabah untuk tinjau peluang perniagaan itu adalah sangat penat. Penat mental, fizikal, emosi dan segala jenis kepenatan yang tuhan jer tau. Jumpa orang yang pelbagai.. Mcm2 sgt..

Back to my entry title, kekadang kita nih susah untuk ckp NO utk sesuatu benda. Sbbnyer kita nih mostly orang2 Asia nih terkenal dgn sikap susah nk tolak pelawaan orang. So, evensaid kita tak tahu apa benda yg kita nak, we still tak cakap NO semata2 untuk menjaga hati pihak2 berkenaan.

Bila nk ceburi dlm bisnes line nih, aku selalu recap apa yg aku selalu baca. Gurunya buku2 bisnes dan juga otai2 yg dh lama berniaga. Cara dorg kenalpasti its either peluang itu valid atau sebaliknya. So, secara asasnya ada 5 benda yang akan aku ulang lagi utk kasik aku sendiri remind.

1) Cash Flow - Ini asas kepada satu business. Semua orang pun tahu tapi tak semua orang tahu apa definisi sebenar cash flow. Sgt2 lah penting benda nih dan mcmner untuk manage benda nih adalah sgt teknikal antara satu sama lain. Cash flow bukan sahaja dari simpanan sendiri but juga drpd pinjaman along, bank, kawan2, sedara mara, mak bapak dan juga girl2friend yg hot.. HAHAHAHA.

2) Communication - Istilah ini atau lebih mesra lagi dipanggil sales, marketing, communicatio dan networking. Kalau korang perasaan, banyak big2 company sgt mementingkan unsur ini. Ini kerana drpd network, marketing dan sales skills yang bagus akan menghasilkan branding yg sgt2 kuat. Cth paling mudah, ko tgk AirAsia owner. Tak lekang dengan cap dia.. Sapa lagi? Dr Rozmey? Haaaaa... Mamat nih terer gila bikin branding. Even filem dia tak keluar2 lagi tuh pun bikin branding kat produk dia.. Hebat kan?

3) Sistem - Lepas 2 yg awal, sistem pula memainkan peranan penting dlm sesuatu modul bisnes. Sistem boleh dikategorikan sbg perancangan bagaimana untuk korang mempermudah biz korang. Dari segi inventory ker, reservation ker, hal2 kecemasan ker. Kena planning benda nih.. Else, sistem yg tak baik boleh menjahanamkan sesuatu bisnes.

4) Legal - Ini adalah benda didlm component yg kecil tapi sgt penting. Legal nih blehla kita anggap sebagai agreement, license or apa sahaja yg melindungi kepentingan kita. Mcm contoh, korang create satu produk, bendalah tuh kena kasil legal pattern supaya takde org bleh amik pattern korang. Or, kalau bisnes korang ada partner, investor.. Korang kena tahu dimana patutnya ada agreement yg boleh memberi kebaikan kpd masing2 apabila sesuatu perkara terjadi..

Dan akhir sekali.. Bilamana semua nih dh di apply sampailah kita kepada..

5) Produk - Ini sbg penutup, produk bukanlah penentu kejayaan sesuatu bisnes modul. Produk adalah pelengkap sesuatu sistem. "Business is something that being created before there's business"... Ini aku petik dari buku atuk Kiyosaki. Ramai yang beranggap produk adalah segala2nya.. Silap.. Sistem adalah segala2nya..



Inilah rupanya yang aku dok merapu kat atas nih.. Korang kasik paham betul2.


SO... Kenapa aku say NO untuk venture aku di Sabah ini. Walaupun gadis2 Filipina disana sangatlah best?

Akan aku kupaskan later..
Jom beli nasi lemak!!!!

Yoshhh....

Wednesday, September 29, 2010

Kota Kinabalu - Big City - Big Hope

Yeay!!!

Kat sini ada cyber cafe n its a big city. Mmg semua pun ader lh kot. Smlm smpai jer aku terus check in kat Promenade, carik makan n tidur. Awal aku bangun pagi tadi. Skrg dh terbiasa bangun awal. Bagus2... Keep it up... Orang2 nk berjaya nih kena bangun awal.

Even tmpat nih scary mcm Kowloon, kat Hong Kong but its convenient arr.. Kedai mcm2 ada n dekat lah dekat attraction place. Lepas bfast tadi aku tawaf area nih. All the way smpai ke belah2 tepi laut tuh. Kat pasar Filipina lah, pasar besar lah n segala mcm pasar.

Kat sini banyak sgt cheap fruits, ikan2 masin, unta n mcm2 lar. Pastu ada satu area dia panggil kedai craft. Kat sini ko bleh dapat mcm2 jenis kraftangan. Aku ingat nk beli tapi mcm ngarut jer. Bukan minat pun.. Haha. Pastu dorg kata mutiara murah, aku rasa kat Tawau lagi best! Kat sini dorg ada tukang2 jahit yang pattern duduk bersidai kat depan kedai. Aku tak tau motif dia apa..

Tukang Jahit - Kedai Kraftangan = Motiff????!!!

Along the way, aku meet up dgn few tourist mcm aku gak. Ramai gak solo traveller. Ada dr Taiwan, US, n merata lah. KK nih dh mcm transit area plak. Mcm2 pattern orang ada..

Petang kang flight balik KL. Skrg banyak sgt travel. Balik kena buat kira2 balik. Biz expenses yg ridiculous tak bagus untuk new venturing business. Kena pakai otak..
So, aku sump up its way better aku nyer job interest adalah dlm modus mcm nih.

Ill hit up later, nk packup than make a move.. Yoshh!!

Tuesday, September 28, 2010

Mabul to Kota Kinabalu...

Dh 2 hari aku dkt Sabah ni. Kejap jer.. Giler awal aku bgn pagi tadi. Malam lepak smpai kul 11 n terus tido. Ssh nk tido ontime mcm tuh kt kl. Manalh xkurus..

Aku tjaga around 6am. Sumpah terang giler mcm pukul 9pm ok. Mcm xcaya bgn kul 6. Pagi2 tgk sunset keluar.. Mmg damai n cosy. Suasana yg ko takleh dapat klu ko kt kl. Mostly org situ bgn awal n start their day earlier.

So, around 7am ktorg layan breakfast ramai2. Borak2 n layan kopi. Than diteruskan dgn aktiviti snorkel dkt port lain. Kali nih lagi best. Air dlm 5 - 7 kaki. Dh duduk dlm laut xigt apa.. Mmg coral n spesis ikan nih rare. Xmcm selalu jmpa kat belah2 pantai timur.

Dh dkt 2jam than ktorg naik r. Aku skrg dh kenal dgn owner homestay situ. Mmg frenly mamat nih n dia terer dive. Dia tjuk byk pic dia masa underwater. Giler hebat.. Keje dia duduk pulau, layan guest. Income masuk...

As per mention earlier, reason aku ke sini bukan utk bercuti sgt, lebih kpd carik peluang biz n ada benda nk discuss. So, aku byk borak dgn bakal biz partner aku pasal potensi kawasan tuh..

But, in biz. Ada 5 benda asas ko kena tahu n at least mahirkan satu before ko jump in. Ini aku cedok dr buku Kiyosaki tuh which is cash flow, communication, system, legal n product. But as per our discussion, mcm byk sgt ruang yg xcover. Mmglh org kata ko kena buat n tau bila ko dh buat. Amik calculated risk.. Problem dia, aku xleh identify apa dia calculated risk tuh. None. Mcm risk xdi detailskan sgt.

So, aku kena pikir masak2 sblm aku decide utk jump in. Xnklah membabi buta jer. As of now, plan utk aku stay kt sana about a week kena adjourned sbb biz partner aku kena ke kl atas urusan lain. Katanya...

So aku, since aku xbook tix flight balik n nk lepak sana bkn dlm mood vacation so aku decide utk kuar gak dr pulau. Tapi, aku xbleh terus ke KL sbb flight xde! So, aku kena naik flight lompat.. Aku ker KK dulu sbb dr sana ada flight ptg esok ke KL n agak cheap. Better.

Smpai KK, aku carik hotel2 murah n tido. Sumpah penat berpikir pasal JV nih.. Bdw, aku tgh tggu nk depart at Tawau Airport n safely arrived satg.

Bleh tahan ramai gak org kat sini.. Banyak duit org Sabah ni. Depan aku ada satu family dgn anak dia.. Lawa.. Nah pic..


Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 27, 2010

Mabul Island - 1st Day

Hey hey hey...

Just had my dinner di depan laut terbuka. 1st day di perairan Sabah and ianya adalah terlalu mengujakan.

My trip start really early today. Around 6am, dh gerak kuar rumah ke KLIA. Star LRT drpd umah dan transfer kat Tasik Selatan. Giler lah naik ERL early morning pun ramai umat manusia. Agak lambat gak r so reach KLIA around 740am while aku punya flight pukul 825am ok!

Once reach there, terus aku try MAS punya self checkin. Giler tak efficient sbb once ko dh lambat dia takleh update data n kena g counter. So, siap lari2 g potong queue counter n mintak tlg akak MAS tuh bagi boarding pass. Dah la gate jauh pastu kena lari2 siap. Once sampai... Gate tak bukak lagi! Mmg haram... So, layankan penat lepak jap n around 15 mins dh boarding. Hujan lebat plak tuh. Giler gerun...

In flight, as usual MAS agak smooth tak mcm AirAsia. Dorg nyer badan kapal kan lain n terbang pun level lain2 kan? So, agak lancar lah perjalanan. Food pun not bad n aku habiskan masa baca buku...

Once arrived kat Tawau Airport, pickup boy dh tunggu lama n bila on phone menderu voicemail masuk. From my sis, my fren kat sini n the pick up boy itself. Flight lewat skit sbb hujan... Drpd situ, travel lagi naik pickup van ke Semporna. It takes around 1 hour gak la. Dgn jalan jem bila sampai pekan Samporna, budak2 time dorg balik skolah.. Mmg best..

So, arrive situ jer boating boy pun dh tggu so aku rasa mcm best jer. All planned works well. Dr situ ke Mabul Island amik around 1 hour. Travel lagi... Kt area Semporna nih, pekan kecik jer n banyak umah2 pacak. Mostly orang Bajau laut. So dorg mmg nelayan piorly n makan hasil laut. Selamba jer budak2 dorg dive laut dalam n bwk bot. Nih aku tgh menulis pun ada yg kat tgh laut tgh nyanyi2.. Giler seyh!

Tapi kat sana agak kotor skit since dorg nih tak particular pasal hygiene. Once dh masuk open sea baru condition agak elok skit. Smooth journey n apa yang aku perasan, perairan sini tak effect la dgn monsun atau angin yg bukan2. Even trip sejauh sejam nih pun dorg bleh naik bot pukat biasa.

Arrived at Jeff Divers homestay around 2pm. 6hrs plus to reach the destination. Sgt penat but sgt berpuas hati dan suka sekali - riang tak terkira - hebat rasanya - etc2 bila dh sampai. Semua homestay sini pattern tepi laut, menghadap open sea. Kat sini jer dh nmpak coral.. Ikan besar2.. Dinasour 2,3 ekor dan mcm2 lagi.. Air tak clear sgt sbb ini lebih kepada perkampungan. Nk lagi lawa kena g Sipadan, Mataking n Kapalai. Kata dorg la...

Lepas lunch, kitorg lepak borak2 sambil ditiup angin sepoi2 bahasa.. Mostly sini foreigner. Aku, biz partner n member dia n Jeff, owner homestay yg local. Semua bilik sini semua foreigner. Best giler sharing dgn dorg..

Around, 3 plus kitorg g jalan2 area Mabul. Masuk perkampungan dorang n tembus on the other side. Giler cool lah.. Pulau nih sangat dara lagi n dorg agak particular rupanya. Orang kampung sini hormat orang luar n even malam pun still no problem nk pegi mana2. Kitorg settle down lepak minum on the other side of our homestay. Laut sebelah sana...

Approaching evening, tgh sunset nk turun.. Kitorg turun snorkel depan umah!. Masa nih ikan banyak.. Air pun pasang so mmg best la. Keep on snorkel smpai tak sedar dah gelap. Than kitorg settle down prepare for dinner.

Time dinner, si Jeff nih suruh staff dia buat local food n mat2 saleh ni semua sangatlh suka layan food mcmnih. Enjoy makan dgn dorg n borak pasal country nasing2. Skrg kitorg tgh rest2.. Layan wifi, Facebook n borak2. Air semua free flow so bancuh.. Layan jer..

Wrap up, interesting day today. Pic nnti aku upload FB r. Baru cool. Bagi berbulu skit.. Hahaha.

Tomorrow... More interesting.

Free Scuba Driving?

Yosh!!!

Tawau - Semporna - Sipadan : Apa Ada Disini?

Pagi nih aku akan bertolak ke Sabah, Negeri Dibawah Bayu. Lebih spesifik lagi ke kawasan tumpuan pelancong seantero dunia, Sipadan!

Kenapa Sipadan?



Sumpah cantik sangat bumi tuhan nih.

Tapi, main reason aku kesana bukanlah atas dasar sebab untuk bersukaria atau berbogel di tepi laut sambil disapa oleh dolphin berhuha tanpa sebab. Aku kesana sbb ada misi yang perlu aku selesaikan.

Aku kesana atas tujuan peluang pelaburan yang datang tanpa diduga. Maybe benda nih rezeki tuhan dekat aku so aku kena grab peluang nih. Antara sbb drastik aku ambik peluang nih....

1) Travellers paradise - Hampir setiap tahun punyalah ramai minah dan mat salleh kesini untuk travel. Kawasan perairan Sabah nih sgt cantik even compete utk world wonder.

2) Monsun yang hampir tiada - Perairan dibahagian Sipadan adalah sangat baik. Teorinya tiada tiupan monsun yang boleh sbbkan kita tak fully open activities sepanjang tahun.

3) Profit making - Dekat sini profit making adalah tinggi. Antara sbb ialah kawasan nih bukan tmpt tumpuan local sgt. Lebih kepada foreigner. Nilai matawang bukan issue bagi dorang nih sangat.

4) Capital venture - Kalau kita kurang modal, kalau ada idea pun kita bleh cuba survive kat sana. Oh ya, labour cost juga agak reasonable disana.

Hopefully semuanya selamat.. Pergi dan balik. Aku tgh usha ticket flight balik nih. Beli pergi jer tuh.. Tapi still unsure smpai bila kat sana sbb biz partner aku yg dekat sana dh arrange mcm2 benda utk aku. So, just wait for it la...

Wish me luckkkkkkk!!!

Yosh....

Saturday, September 25, 2010

Bila Aku Terlalu Gay - Kisah Aku & Cristiano Ronaldo

Benda nih dah lama jadi. Antara aku dengan mamat nih. Dah lama sangat dah. Tapi sebelum tuh aku list dulu few things aku tak suka dekat dia...

1) Pernah main Manchester United
2) Dia orang Portugal - Pernah jajah Melaka.
3) Suka dive2 bila men bola. Tak minat player mcm nih.

Tapi aku rasa aku ada persamaan dengan dia... Tak banyak sikit.

Bila aku tgk video clip baru nih. Aku rasa mmg aku sama sangat dengan dia.

Mamat nih dgn Megan Fox dh replace David & Vicoria Beckham sebagai duta Emporio Armani.

Berulang2 kali aku tengok video clip nih.. Mmg samalah!





Sama tak???

Memancing - 1st Experience

Aku try post nih from my BB. Hebat seyh... BB lepas aku godek2 rupanya bleh link utk sent post utk blog.

Tadi, bosan punya pasal aku layankan member aku, 2, 3 orang pegi memancing kt kolam ikan area Taman Batu Muda.

Bleh tahan gak ramai. Dorg bayar satu joran dlm RM60. Deposit + 3 jam bertarung dgn ikan. Pastu beli udang hidup dlm RM1 seekor. Dorg kata dlm kolam tuh ada ikan siakap dgn kerapu. Manalah aku tau betul ker tak...


Piranha pun ada aku rasa nih.. Dolphin?

Pastu, kitorg pun lepak lh lepas beli air bungkus + kudip2. 3 jam kot. Aku dh terbayang balik bleh makan siakap 3 rasa ker, masak pedas ke so aku layankan jer r.

Dh dekat 1 jam lebih, xnaik jugak. Apa punya pelik r aku.. Plus, bleh chill plak tgk air kolam. Ada sorg mamat baru datang, dia duduk sebelah. Dia tanya dh lama ker main? Aku ckp baru jer duduk... Dia siap, dia baling, joran dia gerak2. Terus jackpot ok! One shot jer..

Benda nih luck ker atau ada baca2 ek? Aku tgk mber aku panas jerk muka. Aku ok jerk. Pegang joran pn xreti. Dok kunyah keropok jer..

Lepas 3 jam, mmg xde rezki r kot. Kitorg pun gerak balik r. Mber aku sorg tuh almost nk hit dh. Tapi tgh main dgn ikan, dia dapat escape. Panas jer dia.. Hahaha.

Odw balik, aku respect sbb dorg sabar tggu ikan. Klu aku, mmg dh balik! Pastu aku cakap kat dorg suruh beli jer.. Dorg tgk aku balik? Muka lain jer...

Salah ek???? Heee....

Yosh!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Mari Berblog Kembali!

Semenjak meninggalkan zaman kerja nih. Giler banyak siot masa aku.. Trading, buat market research pasal new biz venture n surf2 net.

Skrg aku tgk trend punyalah ramai tulis blog.. Siap kagum lagi tgk dorang nih earning income. Rajin habis dan ada passion plak tuh nak maintain.

Nih contoh.. Hanis Zalikha

1) Budak nih cun
2) Giler lawak post dia
3) Consistent + Still study
4) Part time model + blogger + student
5) Tolong mak dia jual kuih

Keep it up cik adik manis!

Macam nih plak contoh blog pasal hartanah. Abang Ensem Katanyer...

1) Mamat nih kelakar
2) Sgt kaya + banyak umah sewa
3) Informative
4) Tak kedekut ilmu
5) Blog buruk jer tapi class..

All the way bro!

Dh lama seyh aku tggalkan blog2 writing nih. Ada la plak masa klu dh keje dlm bank. Mmg tak r kan.. Tapi, seronok sbnrnya menulis nih. Masa nih la aku bleh concentrate kat skill2 aku dahulukala seperti...

1) SEO
2) Link Building
3) Tagging
4) Marketing + Spamming Marketing (BHats)
5) Blog Walking

Tgk.. Knowledge ada. Masa xde. Atau aku yang malas? Haish!!!

so, tgklah berapa lama plak aku bleh bertahan.. Nk g usha2 keyword baekkk.. Kejap jer nak kasik naik rank nih!!!

Yosh!!!