Wednesday, October 13, 2010
Degil - Subjektif Ker?
Orang selalu cakap aku degil. Lebih tepat lagi keras kepala. Dorg cakap aku xmakan nasihat.. Itu normal sbb aku makan nasik! Than... Dorg kata aku xkn dgr advise, lebih centralized dgn jawapan sendiri. Xde chances utk berkongsi... Salah.. Kurang tepat!
Meh aku describe kenapa aku degil. Positifnya aku degil ialah kerana:
1) Independent - Aku terlalu independent dimana keputusan baik buruk aku buat atas diri aku sendiri. Tiada tanggungan mahupun ibubapa yg mahu menegur. So kedegilan aku utk independent telah membantu aku utk survive dlm kehidupan ini.
2) Fokus - Aku sgt degil utk fokus kepada minat dan cita2 aku untuk menjadi seorg pedagang matawang yg terkenal. Lihat Soros.. Beliau berjaya manipulate kewangan dunia. Aku kagumi ketereran dan ilmu beliau. Bukan duit. Dlm trade, duit tuh bonus tapi kepuasan berjaya mencapai objektif lebih penting. Aku fokus dan cukup degil dekat minat aku yg satu nih. Skrg dh bertukar menjadi career. Cuba buat benda lain. Sure aku xfokus n degil nk tgk chart.
3) High Risk Individual - Aku seorg yg sgt high risk taker. Sikit pn xconservative. Even partner aku pn takut dgn risk profile aku. Dia kata aku patut leverage kepada benda2 yg lebih general atau conservative. Tapi, bila aku buat benda nih.. Aku rasa bosan sbb aku xdpt feel the beat. Aku cepat lose the passion n memberontak. Mungkin aku terlalu high risk sbb aku tiada tanggungan n ada aku sahaja. Aku xkisah klu bank kal, mcm desak bayar itu ini. Sbb aku nak pressure tuh utk aku jd creative buat something else. Klu x, aku mcm hilang the steam.. Steam mcm wap. Mengelegak nk berjaya..
So, itulah among positifnyer degil aku. But, degil nih ada padahnya.. Apa agaknya???
Yossshhhh....!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone
Friday, October 8, 2010
Bila Terlalu Mendesak...
Dalam hidup, kita selalu fikirkan jalan pintas utk berjaya. Xkiralah dlm apa cara sekalipun. Kerja ker.. Bersukan ker atau bila bersaing. Akan sentiasa wujud ruang utk kita carik jalan pintas. So, biasanya bila kita ambik jln mudah.. Kita lupa akan apa yg perlu kita lalui sebenarnya.
Kadang2, rasa utk carik jalan pintas nih didorong oleh sikap terlalu ingin berjaya smpai mendesak diri sendiri ke satu tahap yg kita tak boleh handle. Tahap yg kita jadi buntu dgn tindakan kita sendiri. Atau, ini juga mungkin disebabkan pengaruh sekeliling. Mungkin kita lihat org lain seusia kita dh berjaya tapi kita masih kat situ gak. Takde ape yg kita nk banggakan. Takde apa yg boleh dihebahkan. Sama jer...
Akibat terlalu mendesak diri nih bleh sbbkan life kita kucar kacir.. Xbalance, mudah marah, xhappy dan mcm2 lagi benda negatif yg kita bawak sekali. Aku rasa xbyk sikit aku terkena tempias dia.
Since dr kecik, aku rasa life aku yg independence nih cukup mendesak aku utk ambil jalan mudah utk berjaya. Bukan jalan yg xbetul tapi apa sahaja lubang yg diyakini bleh buat aku rasa aku dpt apa aku nak, aku terjah n rasa benda tuh betul. Didorong oleh sikap itu, aku rasa cepat marah, upset, bosan dan mudah fedup bila sesuatu benda yg aku plan tuh xjd. Aku terlalu mendesak diri aku utk ikut apa yg aku nak. Aku letak life aku dlm keadaan tertekan even aku xnk ada dlm kedudukan mcmtuh.
Mcm org lain, kita semua dibekalkan dgn sikap positif dan negatif. Dua sikap nih perlulah diseimbangkan utk kita potrait diri kita lebih baik. Tidak terlalu baik atau terlalu jahat. Ketentuan dan takdir tuhan satu hal lain.. Kdg2 aku rasa mcm satu ketentuan plak aku dlm life yg mcmnih. Bila aku terlalu mendesak, endup aku akan kecewa dgn hasilnya..
Aku terlalu pentingkn kesempurnaan dlm life aku yg serabut sgt dr dulu. Bila semua keputusan aku kena buat sendiri, nafsu adalah dorongan utama.. Sbg contoh, passion aku dlm bidang trading. Sebagai pedagang matawang.. Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali aku ulang silap yg sama.. Bukan talent, bukan market dan bukan org lain tapi attitude aku kearah minat aku yg mendorong aku buat kesilapan yg sama berulang kali.
Aku terlalu ingin berjaya, ada duit sekapal, duduk di kepulauan indah, hari2 main golf, pergi spa dan balik check market. Aku nk kehidupan mcm tuh tapi dalaman aku kosong, xseimbang dan kerana inginkan kesemua dicapai secepat mungkin, aku makin jauh drpd memilikinya..
So, bila aku fikirkan balik cerita tadi n tgk siling dinding.. Aku rasa aku terlalu mendesak utk jadi apa yg aku nak smpai aku lupa yg tiada keseimbangan dlm life aku.. Maybe aku kena bermuhasabah selalu..
Or.. Maybe aku kena g Italy for Eat.. India for Pray.. Or Bali for Love.. I've no idea..
Sarat dgn emosi..
Sent from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 6, 2010
Menolak Pinangan Orang...
Whatta bright Wednesday morning. Once aku tulis nih aku dh settle layan breakfast, baca paper dan buat analisis utk trading aku hari nih. Inilah kerjaya yg sgt2 menuntut kesabaran, pahit jerih, kepayahan hanya utk berjaya.
Ok, sebagaimana tajuk diatas; menolak pinangan orang. Yups, aku telah berjaya menolak pinangan orang. Bukan untuk kawin, tapi untuk peluang pelaburan..
Korang ingat lagi tak post aku yang sebelum nih?
How to Say NO???
Mcm aku pernah mention, ada 5 perkara asas yang kita perlukan sblm kita menjinakkan diri didlm sesuatu bisnes. Boleh jer kalau nk terjun tanpa parachute. Tapi end up dia kita pun dh sedia maklum lah kan...
Ok, aku akan listkan 5 perkara dan kenapa aku reject pelawaan tersebut.
1) Cash Flow: Benda paling penting. Disana, aku tak nampak mcm mana sistem nih berjalan. Siapa yg uruskan, siapa yg buat kerja atau siapa yg keluar aliran duit. Pendek kata, tak nampak hala tuju.
2) Communication: Ini agak strong, sbbnyer partner yg ajak aku JV nih agak familiar dgn area tuh dan dia agak tahu mcm2. Cumanya sepanjang aku dekat sana, ada input2 yg agak diragui dan bertukar2 so aku tak tahu its reliable atau pun tidak. Kita tak tahu kesahihan berita tuh. Never buy a rumours!
3) System: Sistem nih sgtlah penting. Dia seakan mencorakkan biz kita n secara keseluruhannya memainkan peranan dlm flow biz kita. Dekat sana, tiada sistem dan tidak tahu yg mana betul, yang mana fake. Tiada discussion on paper dan mcmner sesuatu tindakan itu diambil.
4) Legal: Perkara nih diakui tidak diamalkan dkt sana. Disana lebih banyak based on trust. Tapi aku tak fancy dgn idea mcmnih, ko patut kena ada satu simple agreement utk kesahihan biz kau. At anytime jer kita bleh cakap none. Tak pernah involve.. Bukan susah sgt nk fake!
5) Product: Produk yg kitorg bincangkan sampai time aku nk balik still aku tak tau yg mana satu dia punya. Cakap mcm2 but end up tiada apa2. So, even benda yg paling last sekali dlm satu modul pun tak dapat menyakinkan aku, so mcmner aku nk teruskan?
Its big NO than!!!
Monday, October 4, 2010
Aku & Pancing Si Yober...
Destinasi malam tuh adalah Sg Buloh. Ntah hutan mana dorg bawak aku, ikut jer lah. Dgr kata kat sana lagi best. Xtau r mcmner hasil dia..
Skrg nih tgh tunggu 2,3 org nk join. Mcm ramai plak join. Sg Buloh nih kat area Penjara tuh.. Ini pun kolam ikan. Bukan udang, bukan ketam. Dgr citer, ada siakap, kerapu n mcm2 lagi. So, klu dpt ikan mlm nih.. Mesti best kan?
Mcm biase ktorg lepak dlm 3 jam. Ramai betul pemancing tegar. Member aku yg mmg terer bab pancing2 nih si Yob nih mmg sgt terer. Serba serbi. Mmg semua benda dia buat. Pasang umpan, pasang tali, setting itu ini. Sumpah aku xtau apa2..
Dh dkt 2jam mcmtuh, as usual aku ngn sorg mber aku borak smbil makan2. Tup2 si Yob nih dtg ntah dr mana.. Wow! Siakap beb.. Besar gak. Dlm 3.2 kg. Dia siap masuk jackpot ikan paling besar kt kolam. Punyalah puas malam tuh.. Haha.
So, igt nk makan lh ikan tuh kan tapi mcm besar sgt n kitorg balik agak lewat. So dia bwk balik jer r.. Biar family dia buat party. Hahaha...
Aku rasa memancing nih mmg skill r. Byk benda nk kena belajar. Nk baling pn kena ada cara kot... Aku rasa aku xterer r pancing2 nih... Tapi fun gak! Bila tgk dorg dpt naik ikan. Overall, benda nih bleh ajar korg erti sabar n disiplin.. So, bagus r klu nk apply dlm minat aku.. Trading!
Yoshhhh...
Sent from my BlackBerry® smartphone
Friday, October 1, 2010
Bila Untuk Say NO untuk Satu Deal - No! Tidak! Cannot!
Sekejap dh hari Jumaat dow! Rasanya baru jer awal minggu dekat Sabah. Skrg dh ada kat umah, kat bilik n write my blog properly.
Sumpah trip aku ke Sabah untuk tinjau peluang perniagaan itu adalah sangat penat. Penat mental, fizikal, emosi dan segala jenis kepenatan yang tuhan jer tau. Jumpa orang yang pelbagai.. Mcm2 sgt..
Back to my entry title, kekadang kita nih susah untuk ckp NO utk sesuatu benda. Sbbnyer kita nih mostly orang2 Asia nih terkenal dgn sikap susah nk tolak pelawaan orang. So, evensaid kita tak tahu apa benda yg kita nak, we still tak cakap NO semata2 untuk menjaga hati pihak2 berkenaan.
Bila nk ceburi dlm bisnes line nih, aku selalu recap apa yg aku selalu baca. Gurunya buku2 bisnes dan juga otai2 yg dh lama berniaga. Cara dorg kenalpasti its either peluang itu valid atau sebaliknya. So, secara asasnya ada 5 benda yang akan aku ulang lagi utk kasik aku sendiri remind.
1) Cash Flow - Ini asas kepada satu business. Semua orang pun tahu tapi tak semua orang tahu apa definisi sebenar cash flow. Sgt2 lah penting benda nih dan mcmner untuk manage benda nih adalah sgt teknikal antara satu sama lain. Cash flow bukan sahaja dari simpanan sendiri but juga drpd pinjaman along, bank, kawan2, sedara mara, mak bapak dan juga girl2friend yg hot.. HAHAHAHA.
2) Communication - Istilah ini atau lebih mesra lagi dipanggil sales, marketing, communicatio dan networking. Kalau korang perasaan, banyak big2 company sgt mementingkan unsur ini. Ini kerana drpd network, marketing dan sales skills yang bagus akan menghasilkan branding yg sgt2 kuat. Cth paling mudah, ko tgk AirAsia owner. Tak lekang dengan cap dia.. Sapa lagi? Dr Rozmey? Haaaaa... Mamat nih terer gila bikin branding. Even filem dia tak keluar2 lagi tuh pun bikin branding kat produk dia.. Hebat kan?
3) Sistem - Lepas 2 yg awal, sistem pula memainkan peranan penting dlm sesuatu modul bisnes. Sistem boleh dikategorikan sbg perancangan bagaimana untuk korang mempermudah biz korang. Dari segi inventory ker, reservation ker, hal2 kecemasan ker. Kena planning benda nih.. Else, sistem yg tak baik boleh menjahanamkan sesuatu bisnes.
4) Legal - Ini adalah benda didlm component yg kecil tapi sgt penting. Legal nih blehla kita anggap sebagai agreement, license or apa sahaja yg melindungi kepentingan kita. Mcm contoh, korang create satu produk, bendalah tuh kena kasil legal pattern supaya takde org bleh amik pattern korang. Or, kalau bisnes korang ada partner, investor.. Korang kena tahu dimana patutnya ada agreement yg boleh memberi kebaikan kpd masing2 apabila sesuatu perkara terjadi..
Dan akhir sekali.. Bilamana semua nih dh di apply sampailah kita kepada..
5) Produk - Ini sbg penutup, produk bukanlah penentu kejayaan sesuatu bisnes modul. Produk adalah pelengkap sesuatu sistem. "Business is something that being created before there's business"... Ini aku petik dari buku atuk Kiyosaki. Ramai yang beranggap produk adalah segala2nya.. Silap.. Sistem adalah segala2nya..

Inilah rupanya yang aku dok merapu kat atas nih.. Korang kasik paham betul2.
SO... Kenapa aku say NO untuk venture aku di Sabah ini. Walaupun gadis2 Filipina disana sangatlah best?
Akan aku kupaskan later..
Jom beli nasi lemak!!!!
Yoshhh....